Ramai juga yang tercari-cari cara tambah wise ke apple pay dan Google Pay. Ini setelah wise mengumumkan ia telah menambahkan fungsi kad Wise dengan membolehkan pelanggan membuat pembayaran menggunakan aplikasi Apple Pay dan juga Google yang dihubungkan secara terus dengan kad Wise. Ini bermakna sebarang pembayaran yang dibuat melalui kedua-dua aplikasi Apple dan Google tersebut, bayaran akan terus dipotong daripada baki di dalam akaun wise.
Cara tambah wise ke Apple pay dan Google Pay
Wise merupakan kad prabayar pertama yang menyokong Apple Pay dan Google Pay di Malaysia. Inilah cara untuk Cara tambah wise ke apple pay dan Google Pay anda sendiri.
Jika anda sering melancong dan menggunakan kad prabayar Wise, ini ada berita baik untuk anda. Anda sekarang boleh menambahkan kad Wise anda untuk mengaktifkan Google Pay atau Apple Pay pada peranti mudah alih anda yang sesuai.
Berikutan perkongsian di media sosial seperti yang dikongsikan oleh Xavier Naxa (@XavierNaxa)di aplikasi X, kami telah mencuba untuk tambahkan kad Wise kami ke kedua-dua aplikasi pembayaran tersebut.
Oh ya. Untuk yang belum tahu, sebelum ini, rakyat Malaysia tidak dapat menambahkan kad Wise mereka ke akaun Apple Wallet atau Google Wallet untuk pembayaran tanpa sentuhan.
Sebagai pengulangan, Wise adalah salah satu daripada empat kad prabayar dalam ulasan kami di mana kami membandingkan kad-kad untuk tujuan melancong. Kami dapati bahawa Wise menawarkan salah satu pengalaman pelbagai mata wang yang terbaik, dan malah membolehkan anda menerima wang seperti penduduk tempatan di sesetengah negara.
Ada pendapat mengatakan bahawa Wise ini lebih baik daripada beberapa pesaingannya di pasaran seperti Big Pay. Kelebihannya yang paling ketara adalah kadar pertukaran wang adalah lebih rendah..!
Untuk yang belum ada akaun debit wise boleh buka akuan: https://bit.ly/wise-account-opening
Pengguna Wise pun dah semakin bertambah di saat artikel ini ditulis.
Sayangnya, pada masa ini tidak ada sokongan untuk Samsung Pay.
Bagaimana Cara Tambah Wise ke Apple Pay dan Google Pay
Proses untuk menambahkan kad Wise untuk Android dan iOS adalah sama dan sangat mudah.
Pengguna hanya perlu membuka aplikasi Wise, pilih tab Kad di bahagian bawah skrin, dan anda akan melihat semua kad aktif anda. Di bahagian bawah setiap kad, anda boleh melihat butang “Tambah ke” – Gpay untuk Android atau Apple Pay untuk peranti iOS. Pengguna juga boleh menambahkan kad dari Apple Pay atau Google Wallet juga.
Semua kad boleh ditambahkan ke dalam aplikasi dompet – sama ada kad fizikal atau digital. Kad yang sama juga boleh ditambahkan ke Apple Watch – hanya perlu beberapa klik dan anda boleh membayar dengan jam tangan anda dengan segera.
Sila ambil perhatian bahawa pengesahan OTP mungkin diperlukan untuk menambahkan kad ke peranti mudah alih dan jam pintar anda.
Baca juga: Ciri-Ciri Baru iOS 17
Nota:
Jika anda baru pertama menggunakan akaun Wise, anda dikehendaki mengaktifkannya dengan terlebih dahulu.
Pilih tab Card dan register/daftar. Ikut sahaja arahan yang tertera. Anda dikehendaki mengesahkan identity dengan mengambil gambar IC/lessen/passport (pilihan). Anda juga berkemungkinan akan diminta untuk selfie untuk sistem memadankan wajah anda dengan gambar yang tertera di document pengesahan yang anda pilih.
Jangan takut. Ini adalah pengesahan biasa yang perlu dibuat ileh agensi kewangan.
Anda kemudiannya perlu mendepositkan sebanyak RM101. Duit ini hanya untuk syarat pengesahan identity sahaja. Selepas identity anda disahkan nanti, anda boleh menggunakan duit tersebut untuk pembayaran, pembelian dan juga pindahan wang.
Banyak kelebihan menggunakan kad Wise ni.
Jadi dah tau kan Cara tambah wise ke apple pay dan Google Pay? Senang jer. Boleh buat sendiri jer..!
Sumber: Soya Cincau





0 Comments