Blog Perancangan Islam Terbaik Yang Kalian boleh follow- sohoque.com

Kali ni aku akan review sedikit secara ringkas, blog sohoque.com. Mengikut carian aku di google, blog ini menekankan kata kunci, antaranya blog perancangan kewangan Islam terbaik. Mungkin penulis ingin pembaca mengenali blognya dengan niche perancangan kewangan Islam terbaik.

blog-perancangan-kewangan-islam-terbaik



Overall


Secara keseluruhan blog ini agak bagus pada aku. Ni bila tengok sekali lalu ya. Sedap mata memandang. Tak berserabut sangat iklan yang mengacau mood pembacaan aku. 


Ok.. kita pergi jenguk secara lebih detail pulak.. Aku akan review berdasarkan beberapa faktor seperti berikut:


Layout


Susun atur blog ini, agak baik. Dengan menggunakan tema magazine, beberapa kategori niche penulis kumpul dan asingkan di dalam kolum dan bahagiannya tersendiri. Tema magazine ini sebenarnya sedap mata memandang samada semasa kita browse menggunakan PC atau laptop, tablet maupun smartphone. Layoutnya akan secara otomatik bertukar dengan mengadaptasikan susun atur yang sesuai mengikut peranti yang kita gunakan. So untuk layout, aku bagi 4 bintang daripada 5


Niche


Niche.. haha.. aku sebenarnya agak skeptical bila blogger mencampur adukkan banyak niche dalam satu blog. Aku secara otomatik akan anggap blogger ni tak ada identiti. Tak tau nak tulis apa. Sedikit sesat dalam lautan niche yang ada.


Aku tau. bab niche ni memang satu dilema untuk blogger tegar yang bermula daripada menulis blog sebagai diari atas tallan mereka. Mereka ini pada mulanya hasilkan blog untuk berkongsi cerita kehidupan mereka dengan pembaca. Mereka memang tidak mengira apa niche yang mereka tulis. Janji apa yang mereka buat, mereka akan kongsi dengan pembaca.


Apabila mereka tau akan peri pentingnya niche terutama dari segi kekuatan SEO, barulah mereka ada sedikit “concern” tentang niche. Mereka mula mencongak dan membuat keputusan niche apa yang mereka perlu fokus. Tapi apa yang aku lihat, mereka ini akan jadi keliru nak tulis niche apa. Mereka bimbang perkongsian mereka akan jadi terhad jika hanya fokus kepada satu niche sahaja. Mereka risau mereka akan ketandusan idea nanti.


So, mereka ini biasanya end up dengan membiarkan beberapa niche bermain di dalam blog mereka. Untuk menyedapkan hati, mereka akan kategorikan niche blog mereka sebagai niche lifestyle. Yang sebenarnya mereka tiada niche yang betul-betul mereka fokus. 


Pada aku, niche lifestyle yang semacam ini, masih lagi blog “rojak”. Hahah.. maaf kalau terasa. Tapi jika dikira dari sudut SEO yang akan memberi laluan lebih mudah kepada blog yang memfokuskan satu niche, memang blog macam ni tiada niche yang spesifik ataupun biasa digelar dengan blog rojak.


Tapi…! Haaa ada tapinya.. Blog ini, walaupun tiada niche yang betul-betul spesifik, ia pada mata kasar aku tidak nampak sangat kerojakannya. Ini adalah kerana penulis bijak menyusun niche yang pelbagai tu di dalam kolum-kolum khas di blognya. Terima kasih kepada tema magazine yang berupaya memberikan susun atur kolum-kolum tersebut.


Ok.. Ni niche yang terdapat dalam blog ini. Aku senaraikan dan ulas secara ringkas sahaja:


Perancangan kewangan Islam


Ini adalah niche utama aku rasa. Sebabnya kalau tengok pada description blog, penulis menekankan kata kunci blog perancangan kewangan Islam terbaik. Aku ada terbaca satu artikel dalam blog ni yang menceritakan tentang karier penulis sebagai penasihat kewangan yang ada sijil Islamic Financial Planning. Fuhhh bukan mudah ya untuk lulus dan mendapat certificate IFP ni. Maknanya penulis ni benar-benar berkelayakan la dalam bidang beliau.


Jadi sebab itulah penulis mencuba sedaya upaya menulis tentang perancangan kewangan Islam ni. 


Blogging


Penulis juga ada berkongsi tentang ilmu blogging. Mungkin beliau ada belajar ilmu blogging secara advance daripada mana-mana situ. Sebab aku tengok ada yang dikongsikan dalam artikel di bawah niche blogging ni adalah ilmu blogging yang betul. Yang memang mengikut google punya kehendak. 


Ya, aku tau. Sebab aku pun belajar SEO hingga ke peringkat advance.


Viral


Haha.. niche viral pun ada. Ni mesti nak rebut peluang jika ada kes-kes viral sedang tular. Kongsi link dalam media sosial ketika berita sedang hanyat diperkatakan, dengan tajuk yang sedikit kontroversi dan “click bait”, tak mustahil ia akan menarik trafik yang banyak.


Cuma, jika nak bermain dengan niche viral macam ni, penulis kena pantas menghidu sesuatu isu yang bakal menjadi viral dan terus tulis. Kalau dia boleh menjadi antara yang terawal tulis kisah viral tersebut, confirm trafik akan mencanak-canak. Kalau lambat blog entertainment lain dah pulun dulu.


Kalau aku, memang tak larat nak tulis niche viral ni.


Info


Info ni aku tengok bukan info biasa. Ia berkaitan dengan info yang daripada kerajaan yang mana info ini sentiasa dicari oleh rakyat jelata. Info-info formal seperti bantuan daripada kerajaan, cara daftar darjah satu anak untuk tahun satu sekolah rendah, bantuan musim perayaan dań lain-lain.


Niche ni memang bague cuma ianya akan jadi lebih bagus kalau ia ditulis dengan SEO yang cukup baik sehingga artikelnya boleh ranking di muka surat pertama enjin carian google berdasarkan kata kunci yang dicari. jika ini mampu dibuat penulis, tak mustahil blognya akan menjadi rujukan ramai dan menghasilkan trafik yang tinggi.


Jalan-jalan


Haaaa.. ada terselit niche travel jugak. Mesti penulis suka jalan-jalan dań nak rakamkan detik travelnya. Selain daripada media sosial, bloglah tempat simpan kenaangan macam ni.


Makan-makan


Niche food pun masuk sekali. Niche ni dah common sangat. Tapi kalau pandai olahkan food review, berserta gambar yang menarik, dan dibantu dengan kepakaran bermain dengan kata kunci, niche food ni memang dapat menarik banyak trafik.


Cara penyampaian


Haaa ni antara yang aku suka. Cara penulisan yang diterapkan oleh penulis, tidak terlalu serius dan kadangkala santai dań ada unsur lawak. Pendek kata ia adalah pembacaan yang santai tetapi sarat dengan perkongsian ilmu dan info.


Cara penyampaian macam ni boleh membuatan pembaca tidak bosan nak membaca artikel yang panjang berjela tu. Yang ni aku puji penulis…!


Cara olahan sesuatu isi dalam artikel juga mudah difahami. ini juga best..!


SEO (search engine optimization)


Sekali pandang artikel yang dihasilkan, aku dah tau penulis ni ada ilmu SEO. Kalau tak banyak pun, ada ilmu yang basic. Tapi setakat yang aku teliti, cara penulisan ni, penulisan SEO yang agak advance ni. 


Speed 


Aku cuba test speed page di blog ni dengan tool gtmetric. Ok la. B ke atas. Kira laju la juga. Kelajuan ni sangat penting untuk menguatkan SEO


Kesimpulan


Kesimpulannya.. Blog ni bagus la. Banyak ilmu yang boleh dapat. Perkongsian pun tak ada benda-benda yang mengarut. Akan ada sahaja ilmu dan nasihat yang kita dapat daripada pembacaan di blog ni. Tahniah lah penulis. Dan aku memang rekemen kalian untuk singgah di sini. Banyak benda kalian boleh manfaatkan di blog ni,


Rating 


Daripada 5, aku bagi 4 bintang. Kalau ada niche yang betul-betul fokus, mungkin aku bagi markah penuh kot. 


baca: https://gadjettoday.blogspot.com/2015/01/alcatel-onetouch-flash.html

Post a Comment

0 Comments